Thursday, 7 July 2011

Kata-Kata Hikmah 1

Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan. 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda-benda kotor

Wanita itu sendiri adalah Rahsia,
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupa parasnya, 
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, 
dan Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Gersang Bumi Tanpa Hujan, 
Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman,
Gersang Jiwa Tanpa Amal.

    0 comments:

    Post a Comment